Pekerja Warga Bangladesh Maut, Tertimbus Runtuhan Tanah

21 Jun 2024 • 8:41 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pekerja Warga Bangladesh Maut, Tertimbus Runtuhan Tanah

TAMPIN, 21 Jun (Bernama) — Seorang buruh warga Bangladesh tertimbus runtuhan tanah ketika sedang bekerja di dalam lubang sedalam 2.13 meter di tapak binaan projek Taman Regent Gemencheh dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Tampin, Supt Amiruddien Sariman berkata mangsa diselamatkan oleh pekerja binaan yang berada di lokasi namun disahkan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Klinik Kesihatan Gemencheh pada jam 11.25 pagi tadi.

“Laporan berkenaan mangsa berusia 29 tahun itu diterima pada 10.50 pagi tadi daripada orang awam.

“Siasatan awal mendapati semasa kejadian, mangsa berada di dalam lubang baharu dikorek sedalam 2.13 meter dan lebar 1.52 meter bagi kerja pemasangan paip saluran najis bagi projek perumahan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata namun tebing lubang tersebut didapati runtuh secara tiba-tiba lalu menimbus mangsa sehingga paras kepala.

Amiruddien berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Tampin untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved