Pekerja Warga Indonesia Maut Dihempap Runtuhan Konkrit Ketika Kerja Pembinaan

29 May 2026 • 9:13 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Pekerja Warga Indonesia Maut Dihempap Runtuhan Konkrit Ketika Kerja Pembinaan

BUKIT MERTAJAM - Seorang pekerja binaan warga Indonesia maut, selepas dihempap runtuhan konkrit ketika menjalankan kerja-kerja pembinaan di sebuah premis di Jalan Guar Perahu Indah di sini, hari ini.

Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang dalam kenyataan memaklumkan mangsa dikenali sebagai Marzuki dan berusia 27 tahun.

Beliau berkata bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 3.55 petang, sebelum lima anggota bersama sebuah jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penanti digerakkan ke lokasi.

"Mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan Pasukan Keluaran Operasi (РКО) di lokasi dan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Pasukan operasi kemudian telah mengalihkan mangsa ke kawasan selamat, namun disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian," menurut kenyataan itu.

PGO berkata mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada 5.05 petang. - BERNAMA