Pekerja Warung Mengamuk Kena Tegur, Campak Duit Dekat Pelanggan – “Hang Cakap Tak Elok, Muka Hang Jahan*m”

13 Sep 2023 • 10:15 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular rakaman di aplikasi X tentang perkongsian seorang individu yang mendakwa menerima layanan buruk daripada pekerja di sebuah warung ikan bakar di Kuala Perlis.

Menerusi video dimuat naik itu, pekerja tersebut dilihat melintas jalan dan menuju ke arah meja pelanggannya sebelum mencampak wang RM8 kepada mereka.

Berdasarkan perkongsian individu bernama Farah itu, pekerja tersebut didakwa naik angin selepas ditegur agar melayani pelanggan dengan baik.

Dakwanya lagi, pekerja yang sama itu turut melayani pelanggan yang lain dengan cara yang biadap malah dia juga dikatakan seperti mahu membaling selipar ke arah Farah.

Hang anak dara lagi buat perangai elok-elok sikit. Hang bayar RM8 dekat aku, hang nak cakap lebih kurang. Setakat RM8 hang ni aku tak heran la, customer aku ramai lagi, hang cakap elok aku bagi elok, hang cakap tak elok muka hang jahanam.

image is not available

Hantaran itu mendapat perhatian ramai warganet yang menghentam sikap pekerja terbabit terutamanya cara percakapannya yang biadap itu.

Sesetengah daripada mereka berkongsi pengalaman makan di warung tersebut dan menceritakan tentang sikap kurang ajar pekerja kedai itu.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Malah ada yang turut berkongsi tangkap layar carian di Google tentang reviu pelanggan yang pernah ke warung berkenaan.

image is not available

View Original Article