Pelabur asing jual ekuiti RM658.3 juta di Bursa Malaysia minggu kelima berturut-turut, kata MBSB Research

LocalBusiness & Finance
15 Jun 2026 • 9:30 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Pelabur asing jual ekuiti RM658.3 juta di Bursa Malaysia minggu kelima berturut-turut, kata MBSB Research Image from: Pelabur asing jual ekuiti RM658.3 juta di Bursa Malaysia minggu kelima berturut-turut, kata MBSB Research amree15/06/2026 - 09:30 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 15 Jun — Pelabur asing masih meneruskan rentak jualan bersih di Bursa Malaysia bagi minggu kelima berturut-turut dengan mencatatkan aliran keluar RM658.3 juta, menurut MBSB Research.

 

Firma penyelidikan tersebut menambah, jualan tertinggi dicatatkan pada Selasa sebanyak RM230.2 juta, diikuti Isnin (RM177.4 juta), Rabu (RM133.9 juta), Jumaat (RM78.4 juta) dan Khamis (RM38.3 juta).

 

"Tiga sektor utama dengan aliran masuk bersih asing paling tinggi ialah teknologi (RM132.3 juta), perladangan (RM41.4 juta) serta pengangkutan dan logistik (RM36.7 juta)," kata MBSB Research.

 

Tiga sektor utama mengalami aliran keluar bersih asing tertinggi iaitu perkhidmatan kewangan (RM479.1 juta), perkhidmatan dan produk pengguna (RM112.8 juta), serta penjagaan kesihatan (62.4 juta).

 

MBSB Research menambah, institusi tempatan masih lagi menjadi pembeli bersih sebanyak iaitu RM459.1 juta, dengan trend itu dilihat secara berterusan untuk tempoh sembilan minggu yang berturut-turut.

 

Pada masa sama kata firma penyelidikan tersebut, pelabur runcit tempatan meneruskan aliran masuk bersih untuk minggu yang kelima apabila mencatatkan jumlah pembelian bersih sebanyak RM199.1 juta.

 

Purata jumlah dagangan harian (ADTV) adalah menyusut dengan peruncit tempatan merosot kira-kira 23.0%, manakala institusi tempatan dan pelabur asing masing-masing jatuh 20.5% dan 37.4%. - DagangNews.com

Terkini featured standard