Pelabur asing kembali jual ekuiti RM325.5 juta di Bursa Malaysia - MBSB Research

LocalBusiness & Finance
18 May 2026 • 9:30 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Pelabur asing kembali jual ekuiti RM325.5 juta di Bursa Malaysia - MBSB Research Image from: Pelabur asing kembali jual ekuiti RM325.5 juta di Bursa Malaysia - MBSB Research amree18/05/2026 - 09:30 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 18 Mei — Pelabur asing kembali meneruskan aliran jualan bersih Bursa Malaysia pada minggu lalu dengan mencatatkan aliran keluar sebanyak RM325.5 juta, menurut MBSB Research.

 

Firma itu menambah, jualan dicatatkan selama empat daripada lima hari dengan tertinggi pada Jumaat iaitu RM202.9 juta, diikuti Selasa (RM64.9 juta), Khamis (RM60.3 juta) dan Rabu (RM19.4 juta).

 

Sementara Isnin pula ujar firma penyelidikan tersebut, merupakan satu-satunya hari dagangan di bursa yang mencatatkan belian bersih oleh pelabur asing sepanjang minggu lepas iaitu RM22.0 juta.

 

"Tiga sektor utama dengan aliran masuk bersih asing tertinggi ialah teknologi (RM135.5 juta), perkhidmatan dan produk industri (RM75.9 juta) serta perkhidmatan kewangan (RM75.6 juta)," katanya.


 

solar

 


Sementara tiga sektor utama lain mengalami aliran keluar bersih asing tertinggi ialah utiliti (RM261.4 juta), perkhidmatan dan produk pengguna (RM132.3 juta) serta pembinaan (RM105.9 juta).

 

MBSB Research menambah, institusi tempatan masih lagi meneruskan aliran masuk bersih iaitu sebanyak RM2.2 juta, dengan trend itu secara berterusan untuk tempoh lima minggu yang berturut-turut.

 

Pada masa sama kata firma penyelidikan tersebut, pelabur runcit tempatan kembali menjadi pembeli bersih setelah seminggu sebagai penjual, apabila mencatat jumlah aliran masuk sebanyak RM92.4 juta.

 

Purata jumlah dagangan harian (ADTV) adalah bercampur-campur dengan peruncit tempatan meningkat 14.2% manakala institusi tempatan susut 3.7% dan pelabur asing bertambah 3.4%. - DagangNews.com

Terkini featured standard