Pelabur asing sumbang RM12.7 bilion kepada ekonomi Malaysia pada Julai 2023, jumlah tertinggi sejak Mac 2016 - Rafizi

Business & Finance
11 Aug 2023 • 5:23 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Pelabur asing sumbang RM12.7 bilion kepada ekonomi Malaysia pada Julai 2023, jumlah tertinggi sejak Mac 2016 - Rafizi

zulfadli

11/08/2023 - 17:23

KUALA LUMPUR 11 Ogos - Pelabur asing telah menyumbang sebanyak RM12.7 bilion kepada ekonomi negara pada Julai.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, pertumbuhan ekonomi Malaysia sedang pesat membangun ketika ini.

"Pada bulan Julai sahaja, pelabur asing telah menyumbang sebanyak RM12.7 bilion kepada ekonomi negara - jumlah tertinggi sejak Mac 2016.

"Pada 10 Ogos, kita telah mencatatkan RM2 bilion dalam bentuk ekuiti dan jumlah yang memberangsangkan iaitu RM11.4 bilion dalam pendapatan tetap (fixed income).

"Ini bermakna bulan ke-7 kita menerima pelaburan asing secara berterusan - satu tempoh terpanjang semenjak penghujung 2020," katanya dalam kenyataan media di sini.

Menurut beliau, momentum ini jelas selepas pengumuman Pelan Peralihan Tenaga (NETR) dan kerangka Ekonomi Madani, keyakinan terhadap Malaysia semakin meningkat, lapor Suara.TV.

"Pil-pil ekonomi kita sedang menunjukkan keberkesanannya, dan lebih banyak rancangan dan program sedang menanti untuk dilaksanakan.

image is not available
Rafizi Ramli

"Ekonomi Malaysia akan terus bergerak ke hadapan dengan komitmen yang sama.

"Kerajaan Perpaduan akan terus berusaha, berinovasi, untuk memacu ekonomi Malaysia ke tahap yang lebih tinggi dan sentiasa di landasan yang tepat," tegas beliau. - DagangNews.com