Peladang di Sabah digesa lakukan anjakan paradigma

16 Oct 2023 • 12:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Peladang di Sabah perlu melakukan anjakan paradigma dalam pembangunan sektor pertanian Negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Hajiji berkata peladang harus peka, bersedia menerima dan membuat perubahan dalam pertanian termasuk pengurusan ladang secara moden.

“Peladang harus lebih inovatif, meningkatkan kepakaran dan berusaha dengan lebih gigih merebut peluang pelaburan dalam sektor pertanian yang kian berkembang,” katanya pada majlis makan malam gala Peladang Sabah, di sini, Sabtu lepas.

“Untuk mencapai hasrat ini, kita harus terbuka kepada idea, maklumat baharu dan mutakhir serta dapat menyesuaikannya mengikut keadaan dan masa.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “Saya yakin dengan sokongan dan komitmen semua warga peladang dan Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (Maffi), kita akan dapat menjayakan usaha ini.”

Teks ucapannya disampaikan oleh Pembantu Menteri Belia dan Sukan Datuk Fairuz Renddan.

Katanya, sektor pertanian perlu mengaplikasikan penggunaan teknologi canggih agar tidak ketinggalan berbanding sektor pembuatan dan perkhidmatan yang kini bertumbuh dengan pesat.

Bagaimanapun, beliau yakin teknologi terbaru yang digunakan oleh pihak peladang iaitu Internet Pelbagai Benda (IoT) dapat mengurangkan kadar upah pekerja, selain mudah dan cepat.

Antara aplikasinya ialah penggunaan dron untuk meracun, membaja dan menabur benih.

“IoT juga digunakan dalam sistem pembajaan tanaman yang dapat dikawal melalui aplikasi telefon pintar dan jaringan Internet agar lebih cekap dan menjimatkan bagi penghasilan optimum sayur-sayuran dan buah-buahan,” katanya.

Menurutnya, Kerajaan Negeri menerusi Maffi kini dalam proses mewujudkan semula Lembaga Padi Sabah (LPS) bagi membangunkan industri padi dan beras di Negeri ini.

“Pewujudan semula LPS dijangka dapat meningkatkan paras tahap sara diri (SSL) beras Negeri kepada 60 peratus menjelang 2030.

“Pada masa ini, SSL beras Sabah berada pada paras 22 peratus manakala 78 peratus keperluan beras Negeri ini ditampung melalui beras import dari negara-negara seperti China, Vietnam, Thailand dan Pakistan.

“Kerajaan berharap dengan pewujudan semula LPS dijangka akan dapat meningkatkan paras tahap SSL beras Negeri sekali gus dapat mengurangkan beras import,” katanya.

Majlis Makan Malam itu julung kali dianjurkan oleh Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Sabah melalui kumpulan Peladangnita dan Peladang Muda.

Sementara itu, Pengerusi Peladangnita PPN Sabah Sylvia Belingi yang juga pengerusi penganjur majlis, berkata tujuan utama penubuhan Peladangnita dan Peladang Muda ialah bagi melahirkan usahawan dan pemimpin peladang wanita dan belia melalui Latihan dan bimbingan Pertubuhan Peladang.

“Sehingga kini, seramai 38,870 ahli Pertubuhan Peladang ialah daripada Kumpulan Peladangnita dan Peladang Muda – ini merangkumi hampir 40 peratus keahlian seluruh Sabah.”

Sylvia juga berharap Kerajaan Negeri akan terus memberi sokongan padu kepada Kumpulan Peladangnita dan Peladang Muda agar lebih banyak program pembangunan dan peningkatan kemahiran dapat dilaksanakan secara berterusan.

“Kedua-dua Peladangnita dan Peladang Muda tidak mempunyai sebarang peruntukan kewangan khas bagi pelaksanaan program seumpama,” katanya.

Turut hadir Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Chan Foong Hin.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article