Pelajar 14 Tahun Jatuh Balkoni Dari Tingkat 2 Bangunan Sekolah Di Sibu

13 Jun 2023 • 4:04 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pelajar terjatuh dari tingkat dua bangunan sekolah Sibu

Pelajar 14 Tahun Jatuh Balkoni Dari Tingkat 2 Bangunan Sekolah Di Sibu. Seorang pelajar Tingkatan Dua cedera selepas terjatuh dari balkoni tingkat dua sebuah sekolah menengah kebangsaan, Sibu, semalam.

Menurut laporan, pelajar lelaki itu terselamat daripada maut selepas terjatuh di atas bumbung laluan pejalan kaki.

Ketua polis memaklumkan mangsa dalam keadaan stabil

Dipercayai mangsa telah dihantar ke Hospital Sibu, di mana dia berada dalam keadaan stabil.

image is not available
Gambar hiasan. Sumber: beritasabah

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata pihaknya mendapat aduan mengenai kejadian itu di Hospital Sibu pada jam 7 pagi, yang memaklumkan mereka menerima seorang pesakit kanak-kanak lelaki.

“Siasatan di tempat kejadian oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sibu mendapati mangsa berumur 14 tahun terjatuh dari balkoni tingkat dua bangunan sekolah,” katanya dalam kenyataan, menerusi sumber, semalam.

Jangan buat sebarang spekulasi mengenai kejadian tersbeut

Dalam pada itu, Zulkifli turut mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat andaian berhubung tragedi itu.

Baca juga artikel yang berkaitan: