Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Syeksen 16 Shah Alam berjaya memenangi pertandingan mencipta aplikasi Swift Student Challenge (SSC) yang dianjurkan oleh jenama terkemuka, Apple.
Dalam pertandingan tersebut, Nur Alia Jannah pelajar Tingkatan Empat berjaya mencipta ‘Tracklist’ iaitu aplikasi semakan muzik. Apa yang menarik, Nur Alia berkongsikan dia mencipta ilmu dan kemahiran pengekodan hanya dengan belajar sendiri.
“Saya terlibat dalam pengekodan selepas mengetahui SSC dan diilhamkan oleh aplikasi yang dipamerkan di Apple’s Worldwide Developers Conference (WWDC) 2021,” katanya.
Menerusi satu laporan, beliau berkata kemahirannya dalam pengekodan dan pengetahuannya dalam ‘review muzik’ antara penyumbang kepada kemenangannya.
“Pada mulanya, saya mereka bentuk aplikasi untuk mengesan beberapa lagu tertentu yang saya dengar. Contohnya, ‘review; saya tentang album, artis atau lagu.
“Kemudian, saya sedar tidak ada aplikasi untuk orang membuat ‘review’ lagu,” katanya.
Cabaran hasilkan Tracklist
Ditanya mengenai cabarannya dalam menghasilkan Tracklist, dia berkata kehilangan data penting antara cabaran yang dilalui membuatkannya berdepan dengan sedikit tekanan dalam menyiapkan tugasan dalam masa tiga mimggu.
“Saya kehilangan fail aplikasi saya dan hanya mempunyai ‘backdated backup code’ jadi terpaksa saya membuat semula beberapa bahagian.
“SSC mengajar saya bahawa idea tidak pernah terlalu kecil dan ia sentiasa boleh berubah menjadi sesuatu yang lebih besar dan hebat,” katanya.
Dalam pada itu Alia berkata, dia percaya sokongan yang diberikan oleh Apple memainkan peranan penting dalam memupuk bakat anak-anak muda.
Sumber: Sinar Bestari
The post Pelajar 16 tahun menang Apple’s Swift Student Challenge 2024 appeared first on The Reporter.

