Pelajar Asrama Usia 17 Tahun Cedera Ditikam Rakan

12 Jun 2024 • 5:06 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Perselisihan faham di antara rakan merupakan satu perkara yang sering berlaku sewaktu berada di alam persekolahan.

Namun apa yang membimbangkan sekiranya perselisihan faham itu menjadi teruk sehingga tercetusnya pergaduhan yang boleh mengundang bahaya.

Pelajar asrama cedera kena tikam rakan

Terbaharu, seorang pelajar sekolah yang berusia 17 tahun mengalami kecederaan ekoran ditikam oleh rakan satu asrama dengannya selepas terbabit dalam pergaduhan di sebuah sekolah di Ipoh, Perak.

Pergaduhan yang berlaku antara pelajar berkenaan difahamkan berlaku semalam (11 Jun).

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad mengatakan laporan berhubung kejadian telah diterima polis selepas seorang warden membuat aduan berhubung kes pergaduhan melibatkan dua pelajar asrama di sekolah berkenaan sekitar jam 4.31 petang.

“Mangsa telah ditikam di bahagian dada, belakang badan dan paha sebelah kanan menggunakan dua bilah pisau. Remaja itu kini mendapat rawatan di Hospital Seri Botani.

“Susulan kejadian itu, tangkapan dijalankan ke atas seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun pada pukul 6 petang yang juga rakan seasrama mangsa untuk membantu siasatan,” ujarnya, dipetik Kosmo.

Pemohonan tahan reman terhadap remaja akan dibuat hari ini

Jelas beliau lagi permohonan penahanan reman terhadap remaja berkenaan akan dibuat pada hari ini di Mahkamah Majistret Ipoh, Perak.

“Kita juga akan mengambil keterangan saksi-saksi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan atas kesalahan mendatangkan kecederaan.

“Saksi yang mempunyai maklumat kes itu diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Jagdeep Singh Jaswant Singh di talian019-4424361 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.”

Source: