Pelajar Autisme Hargai Pendidikan Percuma, Ucap Terima Kasih PM Anwar

LocalPolitics
22 Jan 2026 • 1:34 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pelajar autisme, Rajendrra Vharma, merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan pengumuman pendidikan percuma bagi pelajar kategori Orang Kurang Upaya (OKU).

Menurutnya, langkah itu bukan sekadar dasar, tetapi harapan dan jaminan kepada mereka serta keluarga yang memiliki anak berkeperluan khas.

Menerusi video pendek, Rajendrra, pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sentul Utama berkata pengumuman itu mencerminkan keprihatinan dan belas kasihan Perdana Menteri terhadap kanak-kanak berkeperluan khas.

Pelajar Autisme Hargai Pendidikan Percuma

image is not available

“Dengan tulus ikhlas saya mahu berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kebaikan dan keprihatinan terhadap kanak-kanak kurang upaya.
“Pengumuman pendidikan percuma bukan sekadar polisi, tetapi ia hadiah sebuah harapan,” katanya.

image is not available

Rajendrra, yang juga pelukis autisme diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR), menyampaikan kata-kata semangat kepada pelajar berkeperluan khas serta menggesa mereka untuk tidak berputus asa dan terus mempercayai kemampuan diri.

Artikel lain: Rajin Bekerja! Ahli Politik Singapura Puji Kepimpinan PM Anwar, Antara Perdana Menteri Terbaik Malaysia

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada ibu bapa dan guru atas sokongan serta dedikasi mereka.

image is not available

Pada Selasa, Perdana Menteri mengumumkan semua pelajar OKU di IPTA, politeknik, dan kolej komuniti, seramai kira-kira 3,000 orang, akan menerima pendidikan percuma serta-merta.

Pengumuman ini disambut baik oleh ibu bapa, pendidik, dan kumpulan advokasi yang melihatnya sebagai langkah penting ke arah pendidikan inklusif dan saksama di Malaysia.

Sumber: YouTube Rajendrra Vharma

The post Pelajar Autisme Hargai Pendidikan Percuma, Ucap Terima Kasih PM Anwar appeared first on Borak Daily.