Pelajar Boleh Mohon Laptop Percuma Dan Baucer Buku Dari Yayasan Sarawak Bermula 1 Julai Ini

30 Jun 2024 • 11:53 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Laptop percuma dan baucer buku dari Yayasan Sarawak

Pelajar Boleh Mohon Laptop Percuma Dan Baucer Buku Dari Yayasan Sarawak Bermula 1 Julai Ini. Permohonan untuk mendapatkan komputer riba dan baucar buku percuma dari Yayasan Sarawak akan bermula dari 1 Julai hingga 14 Ogos 2024.

Menurut Yayasan Sarawak, permohonan tersebut dibuka kepada pelajar tahun pertama Diploma dan Ijazah Sarawak di kedua-dua institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA dan IPTS) di seluruh Malaysia.

image is not available
Pelajar Boleh Mohon Laptop Percuma Dan Baucer Buku Dari Yayasan Sarawak Bermula 1 Julai Ini. Sumber gambar: Forbes

Syarat untuk pelajar yang ingin memohon

Syarat untuk pelajar yang ingin memohon adalah pendapatan isi rumah per kapita pelajar tidak boleh melebihi RM1,500.

Pelajar yang ingin memohon juga perlu log masuk atau mendaftar di; https://myys.yayasansarawak.org.my/ dan perlu memuat naik surat pengesahan yang telah ditandatangani di laman web bagi melengkapkan penyerahan.

image is not available

Boleh menyemak status permohonan

Setelah selesai, pelajar yang sudah memohon boleh menyemak status permohonan melalui Laman Web My-Yayasan, dan setelah diluluskan, boleh memuat turun My-Yayasan Customer App yang boleh didapati pada peranti Android dan iOS untuk mengemas kini alamat penghantaran.

Baucar komputer riba atau buku ini akan dihantar dalam tempoh lapan hingga sepuluh minggu selepas diluluskan.

Lagi bantuan buat pelajar Sarawak di sini: