Pelajar Cemerlang Mengadu Sakit Kepala, Koma Sebelum Meninggal Dunia Sehari Menjelang SPM

LocalHealth & Fitness
6 Dec 2024 • 3:24 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang pelajar cemerlang, Sim Hui Yi yang sepatutnya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) keesokan harinya terpaksa dikejarkan ke hospital sebaik mengadu sakit kepala, sebelum meninggal dunia selepas dua hari dalam keadaan koma di Batu Pahat, Johor semalam.

Memetik laporan China Press, remaja berusia 17 tahun itu merupakan anak tunggal dalam keluarganya dan dikenali sebagai pelajar yang sering mendapat keputusan cemerlang.

image is not available

Foto: Berita Harian

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, Ling Tian Soon menyatakan gadis tersebut mula mengadu sakit kepala kepada keluarganya sebelum pengsan.

Dia kemudian dibawa ke klinik untuk mendapatkan bantuan awal dan kemudiannya dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut.

image is not available

Foto: China Press

“Doktor mengesahkan bahawa pelajar ini mengalami stasis darah akibat salur darah pecah di otak, yang menyebabkan dia koma. Dia telah pun koma semasa dihantar ke hospital. Rakan-rakan dan gurunya sempat melawatnya dalam dua hari tersebut.

“Malangnya, keadaan bertambah buruk dan dia tidak dapat bertahan, lalu meninggal dunia pagi ini sekitar pukul 9:40,” ujar Ling Tian mengesahkan insiden berkenaan.

image is not available

Foto: China Press

Tambah Ling lagi, ibu bapa pelajar itu sangat berbangga dengan kerajinan dan dedikasi anak mereka yang telah berusaha keras untuk mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan SPM.

image is not available

Foto: Facebook Smk Yong Peng

Terdahulu, Anaknya baru-baru ini mencapai keputusan sangat cemerlang dalam peperiksaan percubaan SPM dengan memperoleh 10A dan 1B.