“Pelajar CGPA 4.0 Tak Dapat Tempat di UM Bukan Sebab Tak Layak Tapi.. ” – KPT

LocalPolitics
10 Sep 2025 • 3:26 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menafikan dakwaan seorang pelajar STPM yang mendakwa tidak mendapat tempat dalam program perakaunan di Universiti Malaya (UM).

Tak lepas ranking

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof Datuk Dr Azlinda Azman menjelaskan, pelajar berkenaan memperoleh PNGK 4.00 dan markah kokurikulum 9.90 dengan merit keseluruhan 99.90 peratus. Namun, ranking permohonannya berada di kedudukan ke-1,127 daripada 2,291 calon layak, sedangkan hanya 85 tempat ditawarkan di UM.

Katanya,

Walaupun beliau mendapat PNGK 4.00, kedudukannya masih jauh di belakang calon lain yang meraih merit penuh 100 peratus. Kegagalan mendapat tempat di UM berpunca daripada kapasiti yang amat terhad.

image is not available

image is not available

Keputusan telus dan adil

Menurut Azlinda, semua pelajar dengan PNGK 4.00 dijamin tempat pengajian, dan pelajar tersebut telah ditawarkan kursus di sebuah universiti penyelidikan ternama yang merupakan pilihan kelima. Beliau menegaskan keputusan UPUOnline dijana sepenuhnya melalui sistem merit yang telus dan adil.

Naib Canselor UM, Datuk Seri Prof Dr Noor Azuan Abu Osman pula menjelaskan, pelajar itu hanya menerima conditional offer melalui saluran SATU, bukannya tawaran rasmi. Tawaran sebenar hanya dikeluarkan selepas keputusan rayuan UPUOnline diumumkan.

Bagi membantu calon, KPT turut membuka kaunter konsultasi rayuan UPUOnline di Putrajaya sehingga 12 September ini.

2020-04-15 17:07:54

(TERKINI) Peperiksaan UPSR Dan PT3 Dibatalkan, SPM Dan STPM Ditunda Pada Tahun Depan