Pelajar dakwa dirogol sarjan di parkir pasar raya

24 Jan 2024 • 10:18 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan.

PARIT - Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat mendakwa dirinya dirogol seorang pegawai rendah polis berpangkat sarjan di kawasan parkir di sebuah pasar raya di daerah Perak Tengah dalam kejadian tahun lalu.

Difahamkan suspek melakukan perbuatan terkutuk terhadap pelajar berusia 16 tahun itu sebanyak dua kali iaitu pada Julai dan Oktober 2023.

Kegiatan tersebut terbongkar apabila mangsa memaklumkan kejadian tersebut kepada ibunya.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada 20 Januari lalu.

"Setakat ini tiada tangkapan lagi dibuat dan siasatan masih diteruskan.

"Pemeriksaan kesihatan terhadap mangsa telah dijalankan didapati tiada kecederaan luaran," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan pihaknya sedang menunggu laporan perubatan daripada hospital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved