Pelajar ditahan bantu siasatan kes cabul 14 pelajar OKU

2 Dec 2023 • 11:05 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KEPALA BATAS - Polis menahan seorang pelajar Tingkatan Satu bagi membantu siasatan berhubung kejadian mencabul 14 pelajar lelaki golongan orang kurang upaya (OKU) di asrama sebuah sekolah menengah di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, ACP Mohd Asri Shafie berkata remaja lelaki yang juga OKU berusia 13 tahun itu ditahan selepas polis menerima laporan daripada pengetua sekolah tersebut.

“Kesemua mangsa berusia antara berusia 13 dan 14 tahun merupakan pelajar OKU yang mempunyai masalah pembelajaran, penglihatan, pendengaran dan autisme dan suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Katanya, pihaknya sedang mengesan saksi dan merekodkan keterangan daripada mangsa.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. - 2 Disember, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved