Pelajar ILP Marang Maut Kemalangan Tiga Kenderaan Di LPT2

27 Apr 2026 • 9:16 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

image is not available

KUALA TERENGGANU — Seorang pelajar Institut Latihan Perindustrian (ILP) Marang maut dalam kemalangan membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta di Kilometer 426.5 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), malam tadi.

Mangsa, Ahmad Adham Abdullah, 19, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah dalam insiden kira-kira jam 8.29 malam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, kemalangan dipercayai bermula apabila motosikal ditunggang mangsa terbabas sebelum dia terjatuh di atas jalan.

Kronologi Kemalangan

“Seorang penunggang motosikal dari arah belakang gagal mengelak lalu melanggar mangsa, sebelum sebuah kereta yang datang dari arah sama turut melanggar selepas tidak sempat mengelak,” katanya.

Akibat kejadian itu, mangsa maut di tempat kejadian.

Seorang lagi penunggang motosikal berusia 19 tahun cedera di tangan dan kaki, kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Siasatan Polis

Pemandu dan penumpang kereta pula dilaporkan tidak mengalami kecederaan.

Menurut Azli, kemalangan berlaku di jalan lurus dua lorong sehala dalam keadaan cuaca baik serta permukaan jalan kering.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala punca sebenar kematian akan ditentukan selepas bedah siasat. – The Malaysian Update

The post Pelajar ILP Marang Maut Kemalangan Tiga Kenderaan Di LPT2 appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved