Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Ditahan Halang Tugas Polis, Pandu Melulu

LocalPolitics
1 Dec 2025 • 11:58 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Ditahan Halang Tugas Polis, Pandu Melulu

KOTA BHARU, 1 Dis (Bernama) — Seorang pelajar lelaki sebuah institusi pengajian tinggi di Jeli ditahan selepas bertindak menghalang tugas penjawat awam dan memandu kereta secara melulu ketika pemeriksaan anggota Unit Kereta Peronda (MPV), petang tadi.

Ketua Polis Daerah Jeli Supt Kamarulzaman Harun berkata kejadian berlaku pada 3.30 petang ketika anggota MPV sedang menjalankan rondaan sebelum melihat sebuah Perodua Myvi di tepi jalan Kampung Sungai Rual.

Beliau berkata ketika polis mahu memeriksa kereta itu, pemandunya memecut laju kenderaan terbabit dan enggan memberi kerjasama menyebabkan polis mengekori kereta itu.

“Pemandu terbabit bertindak menghimpit kenderaan polis dan memandu secara melulu sebelum polis berjaya memintas kenderaan itu di Kampung Rabbana, Jeli.

“Pemandu terbabit kemudian melarikan diri dan enggan memberi kerjasama sehingga berlaku pergelutan sebelum berjaya ditahan. Pemeriksaan di dalam kereta, polis menemukan seorang remaja perempuan yang masih bersekolah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kamarulzaman berkata siasatan awal mendapati kedua-duanya terkejut dengan kehadiran polis dan pemeriksaan yang hendak dijalankan.

Kedua-duanya tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan pelajar lelaki terbabit akan direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 186 serta 279 Kanun Keseksaan.

BACA: Hujan Lebat Diramal Badai 2 Negeri, 1 Wilayah Hingga Awal Pagi Ini
BACA: Pemungut Hilang Sabar, Bakar Rumah Peminjam Kerana Sering Elak Bayar Hutang
BACA: JAWI Panggil Individu Bantu Siasatan Kes Di Jalan Raja Laut
BACA: Lelaki Minta Tunjuk Arah Guna Bahasa Melayu, Jawapan Lelaki Itali Buat Ramai Tertarik

Sumber: Bernama

The post Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Ditahan Halang Tugas Polis, Pandu Melulu appeared first on Siakap Keli.