Pelajar IPT Ditangkap Basah Selinap Masuk Rumah Sewa Kekasih

16 Mar 2023 • 2:06 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
pelajar ipt ditangkap basah

Nak bantu baiki paip air tersumbat, itulah alasan yang diberikan seorang lelaki ketika ditangkap menyorok dalam bilik kekasihnya di sebuah rumah sewa di Alor Gajah Melaka.

Memetik laporan Kosmo!, tangkapan dibuat jam 10 malam hasil aduan orang awam yang melihat lelaki tersebut masuk ke rumah itu pada sekitar pukul 6 petang.

Pelajar IPT beri alasan baiki paip

image is not available

Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, penyewa rumah yang merupakan pelajar IPT pada awalnya tak mengaku ada lelaki dalam rumah. Dia menegaskan rumah itu hanya didiami perempuan.

Namun, dia akhirnya mengalah memberitahu kekasihnya berada di bilik tidur. Pasangan kekasih itu akhirnya ditahan kerana bersekedudukan tanpa hubungan yang sah dan akan disiasat di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

View Original Article