Pelajar IPT Kini Boleh Tebus Baucar Buku RM100 Melalui MySiswaPlace

TechnologyDigital
30 Oct 2024 • 11:06 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Menteri Pendidikan Tinggi kini telah melancarkan portal MySiswaPlace, dimana selari dengannya baucar buku RM100 ditawarkan kepada para pelajar IPT seluruh negara. Para pelajar IPT hanya perlu ke portal MySiswaPlace bermula hari ini sehingga 31 Disember 2024 dalam menebus baucar buku berkenaan, dan menggunakannya dalam pembelian buku.

image is not available

Dibawah program ini, para pelajar IPT terdiri daripada Universiti Awam, IPT Swasta, Politeknik dan Kolej Komuniti boleh menebusnya. Namun, pelajar yang boleh menebusnya adalah pelajar yang berstatus aktif hingga 31 Mac 2024 sahaja.

Para pelajar yang berwarganegara Malaysia, dan mengikuti pengajian peringkat sijil hingga Ijazah Doktor Falsafah boleh melakukan penebusan melalui portal MySiswaPlace.