Pelajar IPTA Bakal Terima Manfaat E-Kredit Tiket Penerbangan Ogos Depan

30 Jun 2023 • 8:07 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pemberian kredit penerbangan manfaatkan 50,000 pelajar IPTA diperkenal ogos depan

Pelajar IPTA Bakal Terima Manfaat E-Kredit Tiket Penerbangan Ogos Depan. Kementerian Pengangkutan akan memperkenalkan sistem e-kredit tiket penerbangan pada Ogos depan bagi membantu pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) pulang ke kampung halaman mereka.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menyatakan bahawa inisiatif dalam bentuk pemberian kredit itu, kini masih dalam proses integrasi dengan syarikat-syarikat penerbangan.

image is not available
Foto: Faisol Mustapa

Terutamanya untuk pelajar Sabah dan Sarawak

Tambahnya lagi, pihaknya merancang satu insentif untuk memberikan bantuan tiket penerbangan khususnya pelajar dari Sabah dan Sarawak untuk membeli tiket penerbangan pulang semasa musim perayaan dan cuti semester.

“Mereka akan menerima satu bentuk e-kredit yang akan dimasukkan ke dalam akaun masing-masing bagi pembelian tiket kapal terbang dan jika syarikat penerbangan ada menawarkan diskaun, ia juga lebih berbaloi.

“Walaupun jumlahnya bukan banyak, tetapi bantuan itu merupakan satu langkah permulaan untuk meringankan beban pelajar pulang ke kampung semasa perayaan dan cuti semester,” katanya menerusi sumber.

image is not available
Foto: YouTube

Inisiatif diberi khususnya kepada golongan B40, dan akan dilancarkan sebelum Hari Kemerdekaan

Anthony turut berkata, kira-kira 50,000 pelajar IPTA, khususnya mereka dalam keluarga B40 akan mendapat manfaat tersebut, yang membolehkan mereka membeli tiket penerbangan pada harga yang lebih rendah.

Sementara itu, beliau menyatakan bahawa inisiatif e-kredit itu akan dilancarkan pada Ogos, sebelum sambutan Hari Kemerdekaan.

Baca juga artikel yang berkaitan: