Pelajar jatuh asrama: Elak spekulasi, dapatkan maklumat tepat pihak berkuasa - Polis

LocalPolitics
10 Sep 2025 • 3:11 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laporan Sinar Harian pada Ahad lalu.

SHAH ALAM - Polis mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan kes seorang pelajar Tingkatan Tiga yang terjatuh dari bangunan asrama sebuah sekolah menengah di Sabak Bernam pada Ogos lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya masih menunggu arahan lanjut daripada Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) selepas menyerahkan kertas siasatan lengkap.

"Kertas siasatan sudah dihantar kepada PPN dan kita sedang menunggu arahan seterusnya.

"Paling penting, masyarakat diminta mendapatkan maklumat yang sahih daripada pihak berkuasa dan jangan sesekali terpedaya dengan khabar angin atau membuat sebarang spekulasi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Sebelum ini, polis memaklumkan sudah merakam keterangan lebih 12 individu termasuk pelajar, guru dan warden asrama selain memperoleh beberapa petunjuk penting bagi membantu siasatan.

Pihak polis juga meneliti lokasi kejadian dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan asrama terbabit.

Pada 24 Ogos lalu, pelajar lelaki terbabit, Ahmad Irfan Ahmad Hanafi, 15, dilaporkan parah selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama berkenaan sebelum menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh selepas dipindahkan dari Hospital Sabak Bernam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved