Pelajar jatuh dari asrama Sabak Bernam: Pihak sekolah beri keterangan polis

LocalPolitics
27 Aug 2025 • 3:32 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SABAK BERNAM: Petugas sekolah antara pihak yang telah dipanggil polis bagi dirakam keterangan berhubung kes seorang pelajar Tingkatan Tiga terjatuh dari bangunan asrama sebuah sekolah di Sabak Bernam, semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata siasatan masih dijalankan dengan beberapa keterangan telah diambil melibatkan pelbagai pihak.

“Rakaman percakapan telah diambil termasuk daripada pihak sekolah,“ katanya ringkas ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semalam, polis mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga yang dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama sebuah sekolah di Sabak Bernam.

Shazeli dilaporkan berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dengan siasatan dijalankan dari pelbagai sudut. – Bernama