
Penghuni rumah kebajikan dakwa diliwat pelajar senior
Pelajar Junior Dakwa Diliwat Pelajar Senior, Di Rumah Kebajikan Anak Yatim. Seorang remaja lelaki trauma selepas mendakwa menjadi mangsa liwat pelajar seniornya di sebuah rumah anak yatim di Setapak sejak setahun lalu.
Menurut sumber, kanak-kanak berusia 13 tahun itu diperlakukan sedemikian bermula pertengahan tahun lalu ketika tidur di asrama rumah kebajikan terbabit. Dipercayai perkara tersebut berterusan sehingga ke bulan lalu.
Takut untuk membuat laporan kerana diugut oleh pelajar senior
Bagaimanapun, selepas diugut oleh pelajar senior terbabit, mangsa takut untuk memberitahu kejadian itu kepada sesiapa kerana takut diserang atau dipukul oleh pelajar senior berkenaan.
“Bagaimanapun kejadian itu terbongkar selepas dia menceritakan kepada kakaknya sebelum guru sekolahnya turut mengetahui kejadian itu,” katanya menurut laporan.
“Mangsa kemudian dinasihatkan membuat laporan polis sebelum dia akhirnya tampil membuat laporan di Balai Polis Setapak untuk tindakan selanjutnya kelmarin,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Ashari Abu Samah, mengesahkan menerima laporan dan kes sedang disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.



