
Badan mangsa melecur akibat diseterika oleh senior berkenaan
Pelajar Kena Seterika Di Badan, Gara-Gara Enggan Salam Senior Lepas Solat. Dipetik daripada Astro Awani, seorang pelajar Madrasah Tsanawiyah (MTs) di Semarang, Indonesia telah mengalami melecur di bahagian badannya selepas diseterika oleh senior di sekolah berkenaan.
Laporan media tempatan berkata bahawa kejadian tersebut berlaku gara-gara mangsa enggan bersalaman dengan pelaku selepas selesai menunaikan solat.

Mangsa hanya berusia 14 tahun
Mangsa berusia 14 tahun, sementara pelaku yang berasal dari Bali, tua setahun daripadanya.
Pihak polis Kota Semarang, , AKP Aditya Perdana berkata, mangsa telah diseterika di bahagian dada dan lengan sebanyak tiga kali oleh pelaku ketika mereka berada di asrama sekolah
Oleh demikian, pelaku kini bakal berhadapan hukuman selaras dengan undang-undang Republik Indonesia.

Didakwa di bawah Undang-Undang Keadilan Juvana
Beliau turut berkata bahawa pelaku bakal didakwa di bawah Undang-Undang Keadilan Juvana kerana dia masih di peringkat bawah umur.
Dalam masa yang sama, Ketua Bahagian Pendidikan Madrasah Kementerian Agama, Ahmad Faridi menyifatkan kejadian itu sebagai buli dan ia perlu dipandang serius oleh semua pihak terutama dalam sektor pendidikan.
Beliau berkata, tindakan buli ini tidak boleh ditoleransi sama sekali, apatah lagi hingga mendatangkan kecederaan.
