Pelajar Labuan raih markah Matematik IGCSE terbaik dunia

29 May 2025 • 11:30 PM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available
Sharaneshri dan Nicole Chia mengharumkan nama pulau ini apabila meraih gelaran Top in the World bagi IGCSE Matematik siri peperiksaan November 2024.

Pelajar dari Labuan, Sharaneshri Saravanan dan Nicole Chia Xin Dong mengharumkan nama pulau ini apabila meraih gelaran Top in the World bagi Sijil Am Antarabangsa Sekolah Menengah (IGCSE) Matematik siri peperiksaan November 2024, dengan masing-masing meraih markah 100 peratus.

Kedua-dua pelajar Sekolah Antarabangsa Labuan (LIS) itu menerima anugerah tersebut di Universiti Sunway, Selangor yang disampaikan Pengarah Rantau Negara bagi Asia Tenggara dan Pasifik, Pendidikan Antarabangsa, Cambridge University Press & Assessment, Kanjna Paranthaman.

Pengetua LIS, Fadlin Aimuni berkata, kejayaan itu bukan hanya mengetengahkan kecemerlangan individu tetapi juga menonjolkan asas akademik sekolah tersebut yang kukuh.

"Kedua-dua pelajar ialah suri teladan, cemerlang bukan sahaja dalam akademik tetapi juga dalam sukan, muzik dan debat serta aktif mewakili LIS dalam pelbagai pertandingan.

"Pencapaian mereka mencerminkan pendekatan holistik LIS terhadap pendidikan yang memupuk kecemerlangan meliputi minda, fizikal dan sikap," katanya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved