Pelajar madrasah mengaku bersalah acu pisau, liwat junior dalam stor

LocalPolitics
12 Aug 2024 • 3:21 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang pelajar madrasah berusia 15 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Batu Pahat atas pertuduhan meliwat seorang pelajar junior dalam sebuah stor pada bulan lalu. Pengakuan tersebut dibuat di hadapan Majistret Suhaila Shafi’uddin.

Mengikut pertuduhan, kejadian berlaku antara jam 12 tengah malam hingga 1 pagi pada 8 Julai lalu di sebuah madrasah di daerah ini. Tertuduh didakwa melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii tanpa kerelaan mangsa yang berusia 13 tahun.

Menurut laporan Harian Metro, mangsa yang sedang tidur telah dikejutkan oleh tertuduh yang mengacu pisau pada lehernya dan memaksanya masuk ke sebuah stor. Mangsa yang ketakutan terpaksa akur dengan arahan tersebut sebelum tertuduh melakukan perbuatan terkutuk itu.

Pendakwaan kes ini dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Farah Wahidah Mohd Sharip, manakala tertuduh diwakili oleh peguam, Azlan Bohari.

Mahkamah menetapkan 25 September depan untuk Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan laporan akhlak serta fakta dan perintah yang akan dikenakan terhadap tertuduh.

Mahkamah juga membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin.