Pelajar Malaysia Ditahan Di Norway Bukan ‘Spy’, Rupanya Terlibat Dalam Jenayah Ekonomi

23 Sep 2023 • 9:09 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pelajar Malaysia terlibat dalam jenayah ekonomi.

Pelajar Malaysia Ditahan Di Norway Bukan ‘Spy’, Rupanya Terlibat Dalam Jenayah Ekonomi. Dilaporkan, sebelum ini, gempar satu Malaysia apabila seorang pelajar warganegara berusia 25 tahun ini telah ditahan di Norway kerana dipercayai terlibat dalam kesalahan pengintipan dengan melakukan aktiviti risikan isyarat di Norway, termasuk penyadapan wayar (wiretapping).

Walaubagaimanapun, pelajar Malaysia tersebut tidak disyaki melakukan aktiviti mengintip tetapi terlibat dalam jenayah ekonomi.

image is not available
Pelajar Malaysia Ditahan Di Norway Bukan ‘Spy’, Rupanya Terlibat Dalam Jenayah Ekonomi

Pemuda berusia 25 tahun ditahan di Norway

Pemuda yang hanya berusia 25 tahun itu telah ditahan pada 8 September lalu di Oslo setelah kereta disewanya dilihat berada berhampiran pejabat perdana menteri serta kementerian pertahanan dan dalam masa yang sama isyarat elektronik dikesan di lokasi tersebut.

Perkhidmatan perisikan PST telah ditugaskan untuk mengendali kes berkenaan kerana pada awalnya disyaki melakukan pengintipan.

Menurut PST, tiada berlakunya hipotesis pengintipan haram, tetapi bukti kukuh kes ini lebih kepada jenayah ekonomi terancang.

Oleh demikian, kes berkenaan telah diserahkan kepada Unit Jenayah Ekonomi dan Alam Sekitar Norway, yang dikenali sebagai Okokrim.

image is not available

Jenayah terancang yang mungkin mempunyai hubungan dengan antarabangsa

Menurut unit tersebut, lelaki dari Malaysia ini dipercayai terlibat dengan jenayah terancang yang mungkin mempunyai hubungan dengan antarabangsa.

Semasa penahanannya, lelaki itu juga dipercayai menggunakan IMSI-Cather, alat mencuri pendengaran telefon untun memintas trafik telefon bimbit dan menjejaki lokasi data.

Menurut peguamnya pula, sejak dari awal anak buahnya telah menafikan melakukan pengintipan.

Sebelum ini seorang pemuda dari Malaysia telah ditahan di Norway: