
LAHAD DATU: Polis menahan 13 pelajar sebuah kolej vokasional, berusia 16 hingga 19 tahun, berkaitan kematian seorang rakan sekolah mereka, di sini, pada Jumaat.
Mangsa berusia 17 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri di salah sebuah bilik di asrama berkenaan kira-kira jam 6.50 pagi.
Ketua Polis Daerah ACP Dr Rohan Shah Ahmad berkata polis menerima laporan mengenai perkara itu daripada pengarah kolej, dan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) Lahad Datu bergegas ke tempat kejadian.
“Kakitangan perubatan yang tiba kemudian mengesahkan kematian mangsa,” katanya.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Mengikut laporan awal, Rohan berkata mangsa ditemui terbaring di atas lantai di sebuah bilik asrama lelaki.
“Pemeriksaan lanjut menemukan kecederaan dan lebam di beberapa bahagian badan mangsa. Kami percaya kejadian berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dan penghuni asrama lain berkaitan pengecas telefon pintar.
“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian mangsa,” katanya, menambah polis juga mengesan tujuh saksi bebas bagi membantu siasatan.
Rohan turut menggesa orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu, dan menyerahkan siasatan kepada polis.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
