
PAPAR: Polis sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kes kematian seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun yang dilaporkan terjatuh dari bangunan asrama sebuah sekolah menengah di daerah ini pada Rabu lepas.
Pelajar itu ditemui tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama tersebut.
Ketua Polis Daerah Papar, Supt Kamaruddin Ambo Sakka berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 8.16 pagi.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Beliau berkata, mangsa merupakan pelajar yang tinggal di asrama sekolah terbabit dan telah dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut.
“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 1 petang, Khamis,” katanya dalam satu kenyataan, Jumaat.
Kamaruddin memberi jaminan bahawa siasatan menyeluruh sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini kerana ia boleh mengganggu proses siasatan serta menghormati perasaan keluarga mangsa,” katanya.
Mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Papar di talian 088-912222 atau tampil ke balai polis berhampiran.
Sebelum ini, suatu insiden melibatkan seorang pelajar perempuan dari Sipitang tular di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi serta spekulasi dalam kalangan netizen.


