Pelajar menengah terima pendedahan bidang hospitaliti, pelancongan

11 Oct 2022 • 4:47 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

RANAU: Sekumpulan pelajar kolej menganjurkan program Hospitaliti dan Pelancongan (Hos’Tou) selama sehari sebagai projek akhir mereka sambil memperkenalkan bidang itu kepada sekumpulan pelajar menengah di sini pada Sabtu.

Program ‘Exposing The Hos’Tou and Learning The Culture With Community Event’ itu dianjurkan oleh 15 pelajar Kolej Universiti Borneo Utara (NBUC) di Rumah Budaya Liwan, di sini.

Pensyarah Hospitaliti dan Pelancongan NBUC, Dewie Trieana Arfianie Azahar berkata projek akhir mengkehendaki pelajar menganjurkan program dan memastikannya berjalan lancar.