Pelajar meninggal dunia di Perak, Anwar mahu siasatan menyeluruh

LocalPolitics
18 Nov 2026 • 10:39 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pelajar meninggal dunia di Perak, Anwar mahu siasatan menyeluruh

PETALING JAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh, telus dan segera bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian seorang pelajar yang dilaporkan meninggal dunia di sebuah sekolah di Perak hari ini.

Anwar berkata, dalam hal ini, tiada sebarang aspek harus diketepikan agar keadilan dapat ditegakkan dan kejadian seumpama ini dapat dicegah daripada berulang.

“Takziah kepada keluarga seorang pelajar Tingkatan Tiga yang meninggal dunia di sebuah sekolah di Perak hari ini.

“Semoga keluarga mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat yang amat sukar ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook tadi.

Terdahulu, seorang pelajar sekolah berasrama penuh (SBP) di Kuala Kangsar ditemukan meninggal dunia di kawasan sekolah berkenaan hari ini.

Sementara itu, Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPN Perak) dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sedang memantau perkembangan insiden ini secara dekat dan telah mengarahkan pihak sekolah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia.

“Selain itu, JPN Perak telah menyelaras agar perkhidmatan bimbingan dan kaunseling serta sokongan psikososial diberikan kepada murid, guru serta warga sekolah yang terkesan dalam memastikan kesejahteraan emosi mereka diberikan perhatian sewajarnya.

“JPN Perak juga memastikan komunikasi dengan keluarga murid dilaksanakan secara berhemah, penuh empati dan berterusan, di samping memberikan bantuan serta sokongan yang bersesuaian,” katanya.

JPN Perak berkata, pihaknya memohon semua pihak agar menghormati privasi keluarga dan
tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan, khususnya melalui media sosial bagi menjaga sensitiviti keluarga serta kelancaran proses siasatan. – KOSMO! ONLINE

The post Pelajar meninggal dunia di Perak, Anwar mahu siasatan menyeluruh appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved