Pelajar meninggal ketika merentas desa: KPM ucap takziah kepada keluarga

20 Apr 2024 • 4:46 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kenyataan KPM berhubung kejadian pelajar meninggal dunia ketika merentas desa pada Jumaat.

SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menzahirkan rasa dukacita dan mengucapkan takziah kepada keluarga pelajar Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan yang meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya, pada Jumaat.

KPM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menyeru semua pihak untuk menghormati privasi keluarga Allahyarham Nuqman Naufal Shamsul Fadzli.

"Dalam masa sama, KPM telah mengambil tindakan segera dengan memberi bantuan kebajikan kepada pihak keluarga.

"Semua institusi pendidikan bawah KPM diminta sentiasa mematuhi garis panduan penganjuran aktiviti luar bilik darjah," jelasnya pada Sabtu.

KPM turut menyatakan komited untuk memastikan aspek keselamatan dan kesejahteraan murid sentiasa diberi perhatian.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved