Pelajar Meraung Tangan Melepuh, Dakwa Guru Celup Dalam Air Mendidih Di Asrama

6 Aug 2023 • 10:26 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tular tangan anak murid dicelup dengan air yang mendidih

Pelajar Meraung Tangan Melepuh, Dakwa Guru Celup Dalam Air Mendidih Di Asrama. Terbaharu, seorang pelajar sekolah menengah mendakwa tangannya dicelup dalam air yang mendidih oleh seorang guru di sebuah asrama.

Memetik laporan, keadaan pelajar lelaki yang menjadi mangsa aniaya guru itu kini amat menyedihkan. Dipercayai kejadian berlaku di Flores Timur di Nusa Tenggara Timur, Indonesia.

TribunStyle melaporkan mangsa mengalami kecederaan parah akibat tangannya dicelup dalam air mendidih oleh guru yang tidak bertanggungjawab di sekolahnya.

image is not available
Sumber: mstar

Ibu bapa berang, lapor pada polis

Susulan itu, ibu bapa mangsa berang anak diperlakukan sebegitu, kemudian membuat laporan polis. Seorang ahli keluarga asrama menyatakan bahawa kejadian berlaku di asrama pada 8 malam Rabu lalu. 

Luka dan bengkak di tangan

Akibat perbuatan itu, mangsa mengalami luka dan bengkak di tangan. Malah, mangsa mengadu kesakitan dan tidak boleh tidur sehingga pagi.

“Kami sangat kecewa. Lebih menyakitkan apabila melihat tangan mangsa melepuh, dia (pelaku) tidak ada perikemanusiaan untuk memberikan bantuan perubatan,” kata Eman kepada pemberita di Larantuka, pada Jumaat.

image is not available
Sumber: mstar

Dalam pada itu, mereka juga berharap polis segera menjalankan siasatan agar pelaku tidak mengulangi perbuatannya. 

“Kita harap polis segera menyiasat dan pihak sekolah memberi teguran keras kepada pelaku. 

“Jika perlu, diberhentikan guru itu supaya kes ini tidak berulang dan berlaku kepada pelajar lain,” ujarnya.  

Baca juga artikel yang berkaitan: