Pelajar Nyanyi Lagu ‘Cinta Luar Biasa’ Versi Iban Di UKM, Raih Perhatian Ramai

20 Jun 2023 • 7:36 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Video tular seorang pelajar menyanyikan ‘cinta luar biasa’ versi Iban

Pelajar Nyanyi Lagu ‘Cinta Luar Biasa’ Versi Iban Di UKM, Raih Perhatian Ramai. Satu hantaran tular baru-baru ini apabila seorang pelajar menyanyikan lagu ‘cinta luar biasa’ versi Iban yang telah meraih perhatian orang ramai.

Difahamkan, pelajar itu menyanyikan lagu tersebut di sebuah ‘festival borneo’ semperna sambutan Kaamatan dan Gawai pada 10 dan 11 Jun lalu, bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Menerusi perkongsian video di laman TikTok itu, semasa lelaki itu memulakan lagunya, orang ramai terus menjerit dan mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.

image is not available
Sumber: TikTok

Rata-rata netizen memuji suara penyanyi itu sangat sedap

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen memuji suaranya yang sedap sehingga meremang bulu roma, malah ada yang mengatakan rindu suasana di panggung UKM tersebut.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang memberi pendapat individu atau penyanyi berkenaan untuk mencipta lirik lagu itu bersama muzik video.

@kim6q

Never thought iban version of this song sound so good. #festivalborneoukm #ibansong #sarawak #borneo #iban

♬ original sound – aiNUN – aiNUN

“Cuba kamu buat lirik lagu ini jadikan muzik video, boleh kah?” tanya seorang pengguna TikTok itu.

“Suada sedap, boleh pegi jauh lagi ni, teruskan supaya berjaya di luar sana,” kata seorang lagi netizen turut menyokong individu tersebut.

Baca juga artikel yang berkaitan: