Pelajar Pendidikan Khas Berjaya Hasilkan Puding Karamel Ikut Resipi Khairul Aming

LocalFood
25 Feb 2026 • 1:43 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Empat pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) berjaya menghasilkan menu pencuci mulut, puding karamel selepas mengikuti resipi yang dikongsi pempengaruh masakan, Khairul Aming.

Menerusi satu hantaran di aplikasi Threads, seorang guru Elovera Jounie memuat naik sebuah video memaparkan keempat-empat pelajar perempuan itu dengan bangga menunjukkan puding karamel masing-masing.

image is not available

“Terima kasih Khairul Aming kongsi resipi puding karamel. Pelajar saya berjaya. Kami sudah boleh sertai kelas online,” tulisnya berseloroh pada Selasa.

Untuk makluman, resipi puding karamel mendapat sambutan ramai dalam kalangan pencinta masakan di media sosial kerana mudah diikuti serta sesuai untuk pelbagai peringkat umur.

Perkongsian video berdurasi 38 saat menerima sambutan positif daripada netizen yang memuji usaha guru dan dedikasi pelajar PPKI dalam mempelajari kemahiran baru.

image is not available

Malah, netizen turut memuji usaha Khairul Aming yang disifatkan berjaya menyatukan rakyat pelbagai latar belakang serta berharap dia terus berkongsi resipi mudah agar lebih ramai anak-anak istimewa dapat merasai kegembiraan apabila masakan mereka menjadi.

Menyatukan semua latar belakang

image is not available

Bagi la resipi mudah-mudah

image is not available

Tahniah terbaik!

image is not available

Sumber: Threads @siguelovera

The post Pelajar Pendidikan Khas Berjaya Hasilkan Puding Karamel Ikut Resipi Khairul Aming appeared first on Borak Daily.