
Inisiatif ini di bawah skim pendidikan percuma Sarawak
Pelajar Pendidikan Tinggi B40 Sarawak Bakal Terima Elaun RM 15,000 Setahun. Pelajar dari keluarga berpendapatan rendah di Sarawak bakal menikmati elaun RM15,000 setahun di bawah Sarawak Free Tertiary Education Scheme (FTES), yang dijangka dilaksanakan bermula tahun 2026.
Menurut satu pekeliling dalaman Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak yang dilihat oleh The Borneo Post, skim ini akan diberikan kepada pelajar dari isi rumah dengan pendapatan per kapita RM1,500 sebulan dan ke bawah.

Meliputi bidang pengajian utama
Lebih menarik, skim ini bukan sahaja menawarkan pendidikan percuma, tetapi turut meliputi bidang pengajian utama seperti STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik), Undang-Undang, Perubatan, Perakaunan dan Kewangan.
Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, mengesahkan ketulenan pekeliling tersebut tetapi menjelaskan bahawa garis panduan rasmi bagi FTES masih dalam proses pemuktamadan.

Skim ini hanya terpakai untuk:
Menurut pekeliling itu, skim ini hanya terpakai untuk Anak Sarawak yang melanjutkan pengajian di institusi milik Sarawak, termasuk Swinburne University of Technology Sarawak, Curtin University Malaysia, University of Technology Sarawak, dan iCATS University College.
Kerajaan negeri dijangka mengumumkan butiran penuh skim ini selepas semua garis panduan dimuktamadkan.
Lagi berita terkini untuk anda di sini:



