Pelajar perakaunan diseru kuasai kemahiran analitik data, sedia depani cabaran AI

7 Jan 2025 • 10:07 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 7 JAN: Pelajar Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Universiti Selangor (Unisel) diseru memperkaya diri dengan ilmu pengetahuan seiring perkembangan teknologi.

Dekan fakulti Profesor Dr Norhayah Zulkifli berkata ia sebagai persediaan mendepani alam pekerjaan terutama era teknologi kecerdasan buatan (Al) selain menguasai kemahiran analitik data yang kini menjadi elemen penting dalam landskap perakaunan.

image is not available
Dekan Fakulti Perniagaan dan Perakaunan Unisel Profesor Dr Norhayah Zulkifli. Foto Unisel

“Oleh itu, saya menyeru pelajar semua untuk sentiasa memperkayakan ilmu pengetahuan, mengasah kemahiran dan menanamkan sifat kepimpinan dalam diri masing-masing.

“Seruan saya ini bertepatan dengan tema majlis hari ini iaitu ‘Menjulang Masa Depan: Memberdayakan Akauntan Akan Datang’,” katanya.

Berucap dalam majlis meraikan seramai 30 pelajar akhir Ijazah Sarjana Muda Unisel di Courtyard by Marriot, Setia Alam, di sini, malam tadi, beliau turut mengucapkan selamat berjaya kepada semua pelajar dan berharap dapat kembali lagi ke Unisel sebagai alumni pada masa akan datang.

Terdahulu, majlis berkenaan dirasmikan Bendahari Selangor Mohd Sabree Yaakub.

 

View Original Article