Pelajar perlu dalami adat, warisan budaya KDMR

16 May 2023 • 4:37 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KENINGAU: Pelajar sekolah rendah dan menengah perlu mendalami pengetahuan tentang suku kaum Kadazandusun, Murut dan Rungus (KDMR), khususnya berkaitan adat tradisi, nyanyian, tarian, pakaian dan makanan tradisional.

Ketua Wiramuda Parti Solidariti Tanah Airku (Star Sabah), Kong Soon Choi berkata, suku kaum KDMR kaya dengan pelbagai amalan tradisi yang membolehkan pelajar menimba ilmu dalam pembelajaran di sekolah.

“Seperti yang kita tahu, masyarakat KDMR memang terkenal dengan adat budaya tradisi yang sangat menarik perhatian seluruh masyarakat di negara ini.

“Semua kelebihan ini adalah teras kepada imej masyarakat KDMR yang perlu dipelajari oleh pelajar sekolah untuk bekalan ilmu pembelajaran,” katanya.

SPONSORED CONTENT Firefly’s inaugural flight to Sandakan SANDAKAN: Firefly, the low-cost carrier subsidiary of Malaysia Airlines; made its inaugural flight from Kota Kinabalu to Sandakan on Tuesday. Read more Kong berkata demikian ketika merasmikan Pertandingan HIIS Peringkat Daerah Keningau sempena Pesta Kaamatan 2023, yang diadakan di dewan masyarakat di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata HIIS ialah seni lisan suku KDMR pelbagai genre termasuk Ta-Ala-Ala, Tundodoi, Sundawil, Tunturu, Sisinsiron, Sundait, Andayayong dan Manambalang, yang kesemuanya boleh dilakukan kajian mendalam subjek KDMR.

Pada masa sama, beliau turut mengalu-alukan kerjasama mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta yang mempunyai pengkhususan pengajian etnik, untuk menerbitkan hasil kajian masyarakat KDMR sebagai bahan bacaan pelajar sekolah.

“Saya percaya ada IPTA dan IPTS pakar dalam kajian etnik mampu menerbitkan buku pengajian masyarakat KDMR, yang kemudiannya boleh diedarkan ke sekolah-sekolah bagi membantu pelajar menimba lebih banyak ilmu,” katanya.

Sementara itu, Pertandingan HIIS Peringkat Daerah Keningau disertai pelajar sekolah rendah dari empat sekolah dan menyaksikan kumpulan Ogingo muncul johan, naib juara kumpulan Tanak Sandad manakala kumpulan Tanak Koubasanan Bundu di tempat ketiga.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Naib Pengerusi KDCA Daerah Keningau, Razidin Robert, Pengerusi Pertandingan HIIS Daerah Keningau, Atamah Tingadon dan Exco Wiramuda Star Sabah, Chong Jin Han.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article