Pelajar Perubatan & Pembedahan MSU Berjaya Tulis Al-Quran Selepas Menghafal

26 Jun 2023 • 4:44 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Sebelum ini, tular di media sosial seorang pelajar tahun keempat Management & Science University (MSU) dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan berjaya menulis semula al-Quran selepas menghafal telah berjaya menarik perhatian netizen.

image is not available

Menurut laporan Remaja, pelajar tersebut yang dikenali sebagai Aniq Aqilah Abdul Rahman telah menerima dua anugerah daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Anugerah yang pertama ialah penguasaan Tahriri yang merupakan salah satu seni menulis kembali ayat Al-Quran menggunakan tangan selepas menghafal kitab suci tersebut. Anugerah kedua yang diterimanya pula adalah kehebatannya menghafal Al-Quran sebanyak dua kali.

image is not available

Seramai 133 pelajar termasuk Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Islam, Universiti Teknikal Malaysia (UTeM), Politeknik Shah Alam, dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) turut serta dalam program tersebut.

Sumber: Remaja

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved