Pelajar Rasa Terbeban Balik Raya, Tiket Penerbangan Dari Kuching Ke Sandakan Cecah RM 1,000

9 Apr 2023 • 9:34 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Isu yang tidak berkesudahan.

Pelajar Rasa Terbeban Balik Raya, Tiket Penerbangan Dari Kuching Ke Sandakan Cecah RM 1,000. Menyambung pelajaran ke menara gading bukan sekadar memerlukan para pelajar untuk membuat pengorbanan dalam usaha untuk belajar, malah mereka juga perlu menghadapi cabaran seperti tidak dapat pulang beraya atau cuti semester terutamanya bagi pelajar yang berada jauh dari kampung halaman.

Tiada pilihan lain selain menggunakan pengangkutan udara, isu tiket penerbangan yang mahal setiap kali tiba musim perayaan ini seperti tiada penghujungnya.

image is not available
Pelajar Rasa Terbeban Balik Raya, Tiket Penerbangan Dari Kuching Ke Sandakan Cecah RM 1,000

Tiket penerbangan dari Kuching ke Sandakan cecah RM 1K

Baru-baru ini, dilaporkan bahawa harga tiket penerbangan dari Kuching ke Sandakan adalah terlalu mahal dan harganya mencecah RM 1,000! Macam dah nak ke luar negara dah.

Dalam laporan tersebut, seorang pelajar IPT di Kota Samarahan sukar untuk balik ke kampung halaman gara-gara harga tiket penerbangan yang melampau tersebut.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Terpaksa beraya di Kuala Lumpur terlebih dahulu

Oleh kerana harga tiket penerbangan yang melampau tersebut, pelajar itu terpaksa menukar destinasi perayaannya ke Kuala Lumpur terlebih dahulu kemudian pada hari raya ke-4 baru dirinya balik ke Sandakan.

Diharap agar pihak bertangunggjawab boleh menyelesaikan isu yang tiada berpenghujung dan berlaku setiap kali musim perayaan ini.

Lagi berita terkini untuk anda di sini: