Massachusetts Institute of Technology dan Harvard ialah dua institusi pengajian tinggi yang berprestij dengan ia hanya mengambil individu-individu yang paling bijak. Sungguhpun begitu pelajar bidang sains komputer di kedua-dua universiti ini mula menghentikan pengajian mereka kerana risau tiada kerja ditawarkan disebabkan oleh penggunaan kecerdasan am buatan (AGI) yang semakin meluas.
Menurut laporan Forbes dan New York Times, kadar pengangguran pelajar jurusan sains komputer di Amerika Syarikat kini ialah 7.5%. Ini dua kali ganda berbanding graduan biologi dan sejarah seni. Seorang pelajar yang menamatkan pengajian tahun ini berkata beliau hanya menerima satu sahaja panggilan temuduga tetapi itupun daripada restoran makanan segera. Permohonan kerja beliau ditolak kerana kekurangan pengalaman dan kelulusan pengajian yang terlalu tinggi.

Masa depan menerima gaji tinggi enam angka dalam dunia pembangunan perisian yang diidamkan kini gelap kerana diambil alih AI. Isu ini sudah mula menghantui pelajar sains komputer dengan ada yang mengubah jurusan ke pembangunan AI dan sains data bagi memberikan peluang tidak akan menjadi penanam anggur di masa depan.
Situasi ini sudah mula dilihat di Amerika Syarikat dan membawa persoalan. Bagaimana pula situasinya di pusat pengajian tinggi di Malaysia? Adalah sempoicara akan menjadi kerjaya seterusnya dengan pekerjaan tetap semakin kurang ditawarkan.



