
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Mulai tahun hadapan pelajar sekolah tidak lagi diwajibkan untuk memakai tali leher, kata Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Perkara itu dimaklumkan menerusi satu surat siaran bertarikh 17 Disember lalu, susulan keputusan yang dibuat dalam Mesyuarat Profesional Khas KPM 2025 yang diadakan pada 8 Disember.
Surat berkenaan ditandangani oleh Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad.
Tiada paksaan atau tekanan boleh dikenakan kepada murid berkaitan tali leher
Menurut KPM, dasar tersebut menetapkan bahawa tiada sebarang paksaan atau tekanan boleh dikenakan ke atas murid berkaitan pemakaian tali leher di sekolah.
KPM turut menegaskan keprihatinan kementerian itu terhadap tanggungjawab ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak menjelang permulaan sesi baharu.
“Bagi meringankan beban tersebut, KPM mengambil kira keperluan semasa murid sebelum membuat keputusan ini,” katanya dipetik Sinar Harian.
Keadaan iklim antara faktor murid tak wajib pakai tali leher
Selain itu, keadaan iklim tempatan yang panas dan lembap didapati kurang sesuai untuk pemakaian tali leher secara harian serta boleh menjejaskan keselesaan murid menjadi antara faktor utama yang dipertimbangkan oleh kementerian terbabit.
Langkah berkenaan juga selari dengan usaha KPM untuk mengurangkan tekanan kewangan yang ditanggung oleh isi rumah, khususnya dalam penyediaan kelengkapan persekolahan.
Sebagai info, Kalendar Akademik Tahun 2026 akan bermula pada 11 Januari bagi kumpulan A, manakala kumpulan B pada 12 Januari.
View on Threads
Baca Artikel Berkaitan: KPM Umum Subjek ‘Pendidikan Karakter’ Bermula 2026, Fokus Bentuk Sahsiah & Akhlak Murid Sekolah
Baca Artikel Berkaitan: Murid Pindah Sekolah Perlu Lampir Laporan Penuh Kesihatan & Disiplin


