Pelajar Sifatkan Derma Orang Ramai Untuk Najib ‘Perkara B*doh’ Di Hadapan KJ & Onn Hafiz Undang Perhatian [Video]

LocalPolitics
16 Oct 2026 • 4:06 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Pelajar Sifatkan Derma Orang Ramai Untuk Najib ‘Perkara B*doh’ Di Hadapan KJ & Onn Hafiz Undang Perhatian [Video]

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Keputusan pengampunan bersyarat kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menjalani baki hukuman secara tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028 nyata mendapat perhatian ramai.

Namun, pengampunan tersebut hanyalah tertakluk sekiranya beliau membayar RM50 juta dan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Dek kerana ini, ramai yang telah mengadakan kutipan derma bagi Najib untuk membolehkan dia melangsaikan bayaran tersebut.

Pun begitu, ada juga individu yang mengkritik tindakan orang ramai yang sanggup menghulurkan bantuan kepada beliau.

Mahasiswa Lantang Bersuara Mengenai Tindakan Orang Ramai Derma Pada Najib

Baru-baru ini, tular di media sosial kenyataan seorang mahasiswa dalam Sidang Kemuncak Pemimpin Muda Masa Hadapan Antarabangsa 2026 (iFUTURE 2026) anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Apa yang menjadi perhatian adalah kelantangan mahasiswa dari Universiti Malaya (UM) itu mengenai skandal Tabung Haji serta kutipan derma untuk membantu Najib membayar denda ketika sesi dialog berlangsung, lapor Malaysiakini.

Dalam sesi dialog yang dihadiri oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi serta Khairy Jamaluddin, mahasiswa berkenaan menyuarakan kebimbangannya mengenai gejala rasuah serta bertanyakan bagaimana pemimpin pada masa hadapan mengambil pendirian berhubung isu berkenaan.

“Berlaku skandal Tabung Haji yang melibatkan beberapa tokoh politik. Perkara paling bodoh yang pernah saya lihat sepanjang hidup saya ialah orang ramai menderma kepada bekas perdana menteri Najib, sedangkan beliau jelas berdepan kes rasuah yang serius, iaitu 1MDB, dan mempunyai kaitan yang jelas dengan rasuah.

“Bagaimana anda akan menasihati pemimpin masa depan supaya berani bersuara menentang rasuah dan feudalisme, berfikir secara kritis serta mengemukakan fakta dan data statistik?” katanya.

“Apa Salah Tetap Salah”, Khairy Jamaluddin Puji Soalan Mahasiswa

Khairy Jamaluddin kemudiannya memuji soalan yang diberikan oleh mahasiswa berkenaan sebelum menjawab pertanyaan itu.

“Apa yang salah tetap salah.

“Kita tidak sepatutnya takut bercakap mengenai rasuah walaupun ia melibatkan pemimpin kita. Apa yang salah tetap salah. Perkara yang tidak boleh dipertahankan, jangan dipertahankan. Salah urus tetap salah urus.

“Jika terdapat kes yang perlu dijawab, kita mesti bertanggungjawab terhadapnya dan tidak sekali-kali berkompromi dalam soal integriti.

“Saya berkata demikian sebagai seseorang yang pernah berkhidmat dalam kerajaan itu,” katanya.

Amirudin Gembira Golongan Muda Ambil Berat Tentang Rasuah, Onn Hafiz Sifatkan Rasuah Adalah Barah Dalam Kemajuan

Dalam pada itu, Amirudin secara ringkas menyifatkan dia gembira dengan golongan muda seperti mahasiswa berkenaan yang masih mengambil berat tentang rasuah yang bagi Amirudin telah lama menjadi masalah.

Manakala, Onn Hafiz pula menyifatkan rasuah adalah satu barah yang menghalang kemajuan sesebuah negara.

Jelasnya, dasar kerajaan serta usaha untuk memerangi isu itu perlu dilaksanakan secara konsisten.

Manakala agensi penguatkuasaan tidak seharusnya dijadikan senjata untuk kepentingan politik.

“Undang-undang mesti dikuatkuasakan tanpa mengira parti politik. Pada pandangan saya, apa yang berlaku sejak beberapa bulan kebelakangan ini ialah penganiayaan politik dan pendakwaan terpilih,” katanya.

Pada masa sama, Onn Hafiz turut mengingatkan pemimpin Islam lain yang mengkhianati amanah sama ada melalui rasuah mahupun penyalahgunaan kuasa tetap akan dipertanggungjawabkan di hadapan yang Maha Esa meskipun terlepas hukuman di dunia.

Baca Artikel Berkaitan: “Ramai Masih Ambil Berat & Tampil Membantu” – Rosmah Zahir Rasa Syukur, Banyak Pihak Sumbang Untuk Tabung Solidariti Najib

Baca Artikel Berkaitan: Agong Perkenan Pengampunan Bersyarat Kepada Najib, Jalani Baki Hukuman Secara Tahanan Di Rumah

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved