Pelajar SPM 2023 ‘serang’ gitaris AS gara-gara tak boleh jawab soalan

Music
31 Jan 2024 • 4:30 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Pelajar SPM 2023 'serang' gitaris AS

Gara-gara tidak boleh menjawab soalan peperiksaan, segelintir pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ‘serang’ gitaris Amerika Syarikat (AS), Kyle Green di media sosial.

Menerusi satu hantaran di X, seorang individu @r4vnnn_ berkongsi semula tangkap layar InstaStory milik Kyle yang menyedari kecaman daripada pelajar yang gagal menjawab soalan bagi subjek Bahasa Inggeris.

Pelajar SPM 2023 ‘serang’ gitaris AS

“Hari ini adalah hari yang pelik, pagi ini saya dapat banyak pesanan, panggilan dan e-mel daripada pelajar di Malaysia yang sedang menduduki peperiksaan Bahasa Inggeris,” kata Green baru-baru ini.

Kyle berkata, sebahagian daripada peperiksaan tersebut adalah ujian mendengar dan namanya telah dipetik sebagai salah satu watak yang merupakan pemuzik Jazz.

“Sebahagian daripada peperiksaan itu adalah ujian mendengar. Pada ujian itu, mereka perlu mendengar satu temu bual bersama seorang pemuzik Jazz yang bernama Kyle Green.

Pelajar SPM 2023 ‘serang’ gitaris AS

“Seingat saya, saya tidak pernah membuat sebarang temu bual seperti ini jadi saya fikir watak ini hanyalah rekaan semata-mata dan disebabkan temu bual itu, pelajar-pelajar ini telah menemui media sosial saya,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, Kyle tidak menyuarakan rasa marah terhadap ‘serangan’ itu, malah mengucapkan selamat maju jaya kepada para pelajar.

“Kepada pelajar yang menduduki peperiksaan di Malaysia, saya harap kalian semua belajar baik-baik selepas ini.

“Dan sesiapa yang mengekspresikan minat terhadap muzik saya, saya hargai dan semoga terhibur,” katanya.

Gambar hiasan

Menerusi tinjauan di Instagram, ramai dalam kalangan anak muda Malaysia meninggalkan pelbagai komen di hantaran-hantaran Kyle sebelum ini.

Terdapat pelajar bertanya soalan berkaitan dengan ujian mendengar itu selain menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap gitaris berkenaan.

Kau menyusahkan satu Malaysia!

image is not available

Mak kau suka jazz?

image is not available

Kenapa nama awak Green

image is not available

Nak jadi pensyarah atau peguam?

image is not available

Namun, ada individu tampil memohon maaf kepada Kyle atas komen-komen segelintir anak muda Malaysia yang kurang menyenangkan.

Pelajar SPM 2023 ‘serang’ gitaris AS, orang Malaysia mohon maaf

image is not available

Pelajar SPM 2023 ‘serang’ gitaris AS, abaikan komen negatif tu

image is not available

Tak pandai Inggeris lepas tu salahkan orang lain

image is not available

Terdahulu, pelajar SPM 2023 menduduki ujian mendengar bagi subjek Bahasa Inggeris dan kebetulan nama Kyle telah digunakan.

Namun begitu, ramai pelajar menyatakan tidak dapat menjawab dengan baik pada kerana mendakwa ‘Kyle’ bercakap terlalu laju.

Sumber: X @r4vnnn_, Instagram Kyle Green