Pelajar tahfiz dipukul, diseksa dalam tandas & jadi mangsa gangguan seksual

19 Feb 2024 • 2:38 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Satu laporan mendedahkan pelajar di sebuah madrasah tahfiz tidak berdaftar di Selangor menjadi mangsa kekejaman tenaga pengajar. Pelajar di madrasah berkenaan dipukul dan dipaksa tidur di dalam tandas. Kegiatan ini sudah dikatakan sudah berlaku sejak lebih setahun lalu.

Pelajar berkenaan didakwa disepak, dipukul dan dilanyak ustaz terbabit ketika sedang belajar, hujung tahun lalu.

Dalam laporan tersebut juga mendedahkan, operasi pusat pengajian tersebut yang dinaungi oleh seorang ahli politik dari pantai timur serta golongan profesional itu turut dikesan mengutip dana daripada orang ramai. Kutipan tersebut dikatakan bagi membiayai pembinaan surau namun sehingga kini tidak pernah disiapkan.

Di samping itu, pemilik madrasah seluas 0.8 hektar itu yang memiliki cawangan lain di negara ini dan Maghribi juga dikatakan tidak menyediakan kemudahan yang lengkap tidak seperti madrasah yang lain.

Mangsa pukul dan gangguan seksual

Dalam pada itu, sumber mengatakan 40 pelajar yang terdiri daripada usia 10 hingga 17 tahun datang ke sana untuk belajar agama. Namun sebaliknya mereka telah dipukul hingga cedera, malahan ada yang menjadi mangsa gangguan seksual.

“Mangsa tidak berani membuat laporan polis kerana bimbang dimarahi serta tiada pilihan, selain terus tinggal di situ kerana masalah keluarga.

“Ada yang memaklumkan kepada pelajar lain mengenai nasib mereka. Termasuk pelajar yang dipaksa tidur di tandas kerana melakukan kesalahan. Ini tidak sepatutnya berlaku kepada institusi agama,” katanya.

Tidak cukup dengan itu, ada dakwaan turut mengatakan pelajar terpaksa menahan lapar kerana tidak diberikan makanan mengikut jadual, serta bacaan Al-Quran pelajar juga didapati tidak tepat.

Sumber: Harian Metro

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved