Pelajar tingkatan dua maut, dipercayai terjatuh dari tingkat lapan bangunan sekolah

LocalOpinion
19 Nov 2024 • 10:11 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang pelajar perempuan tingkatan dua ditemukan tidak bernyawa selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lapan sebuah sekolah menengah di Jelutong, Pulau Pinang, semalam.

Pihak sekolah segera menghubungi ambulans sejurus mendapati mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri di bahagian bawah bangunan sekolah.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad, memaklumkan pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian tersebut.

“Polis menerima laporan daripada pegawai perubatan Hospital Pulau Pinang (HPP) berhubung kematian pelajar itu pada 5.57 petang.

“Siasatan pihak polis di lokasi kejadian dan pada badan mangsa mendapati tiada unsur jenayah,” katanya sambil menambah bahawa kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Abdul Rozak turut mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan polis atau menyebarkan gambar dan video lokasi kejadian demi menghormati perasaan waris mangsa.

Sementara itu, sumber dari Malaysia Gazette melaporkan,mangsa meninggalkan nota yang menyatakan tekanan kerana tidak dapat mencapai status pelajar nombor satu, dipercayai menjadi punca kepada tindakan tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved