Pelajar Tingkatan Dua Maut Tertembak “Bakakuk” Di Keningau

9 Dec 2025 • 9:39 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pelajar Tingkatan Dua Maut Tertembak “Bakakuk” Di Keningau

KOTA KINABALU, (Bernama) — Seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua maut selepas terkena tembakan senapang buatan sendiri atau lebih dikenali sebagai “bakakuk” ketika bermain dengan rakannya di Jalan Kem PPH Keningau semalam.

Ketua Polis Daerah Keningau Superintenden Yampil Anak Garai berkata dalam insiden pada 8 pagi itu, mangsa dikatakan bermain dengan seorang rakannya sebelum remaja itu secara tidak sengaja melepaskan tembakan dari jarak kira-kira tiga meter.

Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek telah ternampak mangsa memegang bakakuk di hadapan sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Kem PPH, Keningau dan meminta untuk melihat senjata berkenaan.

“Suspek kemudian telah cuba mengacah-acah senjata tersebut sambil bermain sembunyi-sembunyi dengan menghalakan senjata tersebut kearah mangsa dan pada masa yang sama, mangsa telah bersembunyi di bawah kolong.

Tanpa suspek menyedari terdapat peluru di dalam bakakuk berkenaan dan tertarik picu senjata sehingga menyebabkan senjata tersebut meletup ke arah mangsa,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Yampil berkata mangsa kemudian telah jatuh terlentang tanpa berkata apa-apa menyebabkan suspek panik dan meminta bantuan penduduk kampung untuk membawa remaja itu ke hospital.

Beliau berkata mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan pada 8.40 pagi.

Pemeriksaan lanjut pada tubuh mangsa mendapati terdapat 14 kesan disyaki kesan tembakan iaitu di bahagian dada sebelah kanan, lengan kanan serta lutut kanan dan kiri.

“Siasatan lanjut dan pemeriksaan awal ke atas tubuh si mati mendapati terdapat luka atau bekas tembakan daripada peluru penabur yang belum dikenal pasti jenis.

“Tiada saksi mata lain yang berada di lokasi bersama mangsa dan suspek,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

BACA: Wanita Dipecat Kerana Datang Kerja Terlalu Awal

BACA: Mayat Remaja Lelaki Lemas Ketika Cuba Ambil Bola Akhirnya Ditemukan

Sumber: Bernama

The post Pelajar Tingkatan Dua Maut Tertembak “Bakakuk” Di Keningau appeared first on Siakap Keli.