Pelajar Tingkatan Dua Mengaku Salah Tumbuk Cikgu

LocalPolitics
30 Jul 2025 • 2:45 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Remaja lelaki berusia 14 tahun yang tular selepas bertindak menumbuk seorang cikgu lelaki akhirnya mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan mencederakan guru tersebut di sebuah sekolah menengah.

Pengakuan itu dibuat selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Fatin Dayana Jalil. Pelajar terbabit difahamkan baru sahaja berada di peringkat peralihan tingkatan satu.

Kejadian jam 4.48 petang di sekolah…

image is not available

Menurut pertuduhan, remaja itu dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas seorang guru lelaki berusia 29 tahun sekitar jam 4.48 petang, Isnin lalu di sekolah berkenaan.

Kes ini didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syafiq Mohd Zulbahrin manakala tertuduh diwakili oleh peguam, S Priyalatha.

Pihak pendakwa mencadangkan jaminan RM5,000 disebabkan kes ini tular dan dianggap serius. Namun begitu, peguam memohon jumlah yang lebih rendah kerana tertuduh masih bersekolah dan merupakan pesalah juvana.

Mahkamah akhirnya membenarkan jaminan sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh 11 September depan bagi mendapatkan laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebelum hukuman dijatuhkan.

Ibu kepada remaja itu, wanita berusia 40-an yang ditemui media memaklumkan bahawa anaknya adalah anak tunggal dan kini tinggal bersamanya selepas berpisah dengan suami.

Katanya, anaknya menyesal dengan tindakan yang dilakukan dan sudah memohon maaf kepada guru berkenaan.

Pssttt! Ohmedia faham kadang-kadang budak sekolah pun ada tekanan emosi dan mungkin bertindak di luar kawalan. Tapi tindakan fizikal bukanlah cara menyelesaikan masalah. Hormati guru sebab merekalah yang membentuk masa depan korang. Kalau ada isu, cuba berbincang dulu. Jangan buat keputusan yang boleh musnahkan masa depan sendiri.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.