Pelajar Tingkatan Dua, Qayzikri Hazimi hilang!

28 Aug 2024 • 2:34 PM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available
Qayzikri Hazimi dilaporkan hilang dari sekolahnya di Sikamat, tengah hari semalam.

Pelajar Tingkatan Dua, Qayzikri Hazimi, 14, dilaporkan hilang dari sebuah sekolah menengah di Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan, pada tengah hari semalam.

Difahamkan, kali terakhir dia dilihat adalah ketika berjalan keluar dari kelas sambil membawa beg sekolah.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, pihak polis telah menerima aduan daripada seorang guru kira-kira pukul 5.15 petang kelmarin.

“Beliau (guru sekolah) memaklumkan seorang pelajarnya telah tiada di dalam kelas.

“Pihak sekolah telah cuba mencari di dalam kawasan sekolah dan juga asrama tetapi gagal dijumpai.

“Dalam kes ini, seorang saksi iaitu rakan sekelas telah nampak pelajar tersebut keluar daripada kelas dengan membawa beg sekolah dan terus ke bahagian belakang asrama. Usaha mengesan sedang giat dijalankan," ujarnya.

Mohamad Hatta berkata, kes diklasifikasikan sebagai kes orang hilang.

Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang Qayzikri Hazimi, boleh hubungi Penolong Pegawai Penyiasat IPD Seremban, Sarjan Shahrul Azhar Hamdan di talian 014-3434007.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved